Trek kali ini mencabar
Menurut Mokhzaini Hairim Mokhtar, wakil daripada Cycling Initiatives berkata, pasukannya mengambil peluang mengucapkan selamat datang ke Kuala Kangsar serta menjemput semua rakan pelumba basikal seluruh negeri menyertai kejohanan ini.
Katanya, trek kali ini adalah mencabar kerana dibuat khusus bagi perlumbaan kali ini dan ia berlainan sekali dengan mana-mana trek terdahulu.
“Trek ini mampu mencabar mental dan fizikal serta kepuasan penunggang ke tahap maksimum.
“Peserta perlumbaan bakal menikmati laluan berbukit, ‘single track’ dan kawasan hutan serta sawah dan beberapa ladang buah-buahan tempatan di sekitar trek,” katanya.
Mokhzaini berkata, sebagai wakil pasukan tempatan, dia gembira dengan keputusan Harian Metro menganjurkan kejohanan di sini yang secara tidak langsung menyemarakkan lagi semangat pelumba terutamanya mereka yang masih baru berjinak-jinak dalam sukan ini.
“Saya pasti kejohanan kali ini akan mendapat sambutan menggalakkan,” katanya.
No comments:
Post a Comment